Thursday, February 16, 2012

Wajibkah pergi gereja?


Shalom..apa yang sy ingin kongsikan pada hari ini adalah mengenai hal wajibkah orang Kristian pergi ke gereja? Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan gereja? Sudah pasti hampir semua orang mengatakan bahawa gereja adalah bangunan dimana orang Kristian berkumpul dan bersembahyang. Kenyataan itu adalah kurang tepat kerana orang Kristian itu sendiri merupakan gereja Tuhan yang merangkap tubuh Kristus dan Orang Kristian adalah anggota daripada tubuh Kristus (1 Korintus 12:27). Jadi, kita sendirilah gereja Kristus sebenarnya.

 Tetapi adakah itu bermaksud, gereja yang kita pergi adalah bukan gereja? Tidak..gereja yang kita pergi untuk kebaktian adalah merupakan tempat untuk persekutuan orang Kristian berkumpul dan sama melayani. Saya dahulunya bukanlah seperti saya sekarang. Seperti orang Kristian yang lain juga, saya hanyalah Kristian di atas kertas sahaja atau hanya sekadar nama Kristian. Pergi gereja? itulah perkara yang saya malas sekali. Saya selalu mengatakan bahawa walaupun saya tidak pergi ke gereja, saya tahu bahawa hati saya tetap percaya akan Tuhan Yesus.  Lagipun, kalau saya pergi ke gereja, saya tidak fokus. Bahkan saya tidak tahu apa patut sy lakukan semasa pujian dan penyembahan, nanti macam hipokrit pula sy di depan Tuhan..hanya sekadar pura-pura. Kalau macam itu, tidak perlu pergi gereja lagi bagus. Haha..itulah kenyataan dan perbuatan yang paling tidak berguna yang pernah saya lakukan.

Tetapi Tuhan tidak pernah berputus asa terhadap sy. Pada suatu hari, seorang teman sy mengatakan, "Stef, nak tak pergi gereja Shalom ahad ni, dekat ja.." Yang peliknya tanpa sy berfikir panjang sy terus kata ok..ok saja. Puji Tuhan kerana pada ketika itu Roh Kudus mengetuk hati sy untuk ke gereja walaupun sy boleh dikatakan langsung tidak tahu apa-apa. Pada ahad minggu itu, pertama kali sy ke gereja Shalom, terus sy nervous..rasa macam melakukan kesalahan pula kerana lama tidak pergi gereja. Malah alkitab sy pun masih "baru"..hehe..maksudnya jarang dibaca..

Kali pertama sy pergi gereja Shalom, sy rasa sy tidak dapat apa2. Tiba pula ahad seterusnya, sy merasakan begitu malas sekali nak turun. Hati sy begitu berat, muka pun masam pergi gereja. Keadaan macam ni hampir berlaku tiap minggu. Tetapi sy tetap pergi gereja juga. Mungkin selepas beberapa bulan, sy tidak ingat ahad bila..pertama kali ht sy merasakan hadirat Tuhan, semasa sesi doa selepas khotbah yang mengenai kasih Bapa. Pada ketika itu, lagu You Are My Father dinyanyikan, sy merasakan ada sesuatu yang menyentuh hati sy, badan ku menjadi menggeletar dan sy mula menangis..menangis..sehingga sy menangis sambil meraung seperti orang yang dipukul. Roh Kudus telah berkerja dan telah memecahkan hati sy keras. Itulah saat yang paling menyenangkan. 

Jadi..wajibkah pergi gereja? sy merasakan bahawa perkataan "wajib" perlu ditukar dengan "harus". Kenapa begitu, kerana sebagai orang Kristian, kita seharusnya menyertai persekutuan saudara seiman berbakti kepada Tuhan dan memberkati satu sama lain. Dalam 10 perintah Tuhan Pencipta Alam Semesta, perintah keempat menyimpulkan bahawa hari ketujuh adalah hari Sabat dimana Tuhan memberkati hari Sabat dan menguduskannya (Keluaran 20 :8-11). Pada hari ketujuh iaitu hari ahad, orang Kristian berkumpul dan berbakti kepada gereja Tuhan. Jangan kita menyimpan berkat Tuhan seorang diri dengan tidak pergi ke gereja. Kita harus saling memberkati saudara kita yang lain kerana Tuhan menambahkan berkatNya kepada kita dan menguatkan iman kita. 

Apa yang sy harapkan adalah, mari pergi ke gereja Tuhan :). Jika hati terasa berat, rasa kecewa, rasa terbeban, patah hati, banyak masalah..Saudaraku! itulah yang Tuhan cari..hati yang patah dan perlukan penyembuhan dari Dia. Jika malas, tetap harus pergi ke gereja juga! sebab apa saja alasan kita, itu kita settle dengan Tuhan sendiri, walaupun kita benci Tuhan atau gerejaNya, Tuhan tetap Tuhan juga! Dia tidak akan berubah dan kita harus menyembah Dia dan harus patuh perintahNya. Ibaratkan kita tidak suka akan pemimpin kita, walaupun tidak suka..kita tetap perlu mematuhi arahan pemimpin kita kan. Ingatlah, Tuhan sentiasa tahu apa yang kita rasa, fikir dan lakukan. Jangan kerana kedegilan kita, kita telah rugi dan semakin dijauhkan sehingga kita jauh sesat dengan hal keduniaan. Sy berharap apa yang sy kongsikan dapat memberi semangat kepada saudara yang masih menghadapi keadaan sama sy pada ketika dulu. Mulakan dengan sekarang..kerana Tuhan sedang menunggu saudara :D Hallelujah! Tuhan memberkati semua. 

0 comments:

Post a Comment

 
;